The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Thursday, April 8, 2010

Tips nak kurus

1. sudah tentu perlu bantuan SD2, kecuali anda boleh hidup gaya atlit dan ada keazaman yang tinggi makan fiber dan minum air sahaja.

2. BERMULA DENGAN NIAT. tanya diri kenapa aku nak kurus. sebab supaya orang kata aku kurus ke? atau nak rasa cantik ke?atau benci tengok orang lain gemuk atau diri sendiri gemuk?atau malu orang kata gemuk? atau sebab susah nak beli pakaian? atau sebab nak bergaya sakan? jika ini antara sebabnya, kebarangkalian untuk anda kurus memang tipis. ini kerana ia tidak menjadi faktor pendesak yang kuat untuk anda melakukan pengorbanan bagi diri ANDA sendiri.
apa yang perlu ada ialah faktor pendesak yang hebat contohnya; memiliki ibubapa yang berpenyakit kronik, kebarangkalian anda juga mendapatnya memang tinggi terutama jika badan anda masih besar dan pemakanan anda tidak terkawal. atau pun anda ngeri melihat bagaimana orang besar terlantar kesakitan, kesukaran bernafas, membaca bagaimana proses penyakit menyerang seperti penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan lain-lain. lebih baik lagi jika anda sering dapat membayangkan orang-orang yang anda sayangi tetapi menderita kesakitan akibat tidak mengawal makanan dan berat badan. inginkah anda juga menjadi seperti mereka?bernasib seperti mereka?berwajah seperti mereka?terpaksa menyusahkan orang lain seperti mereka (walaupun bukan itu yang mereka mahukan)?adakah berbaloi tindakan anda sekarang dengan apa yang akan anda lalui lima tahun akan datang?adakah anda ingin dihinggapi penyakit ini terlebih dahulu kemudian baru terhegeh-hegeh mencari penawarnya?adakah anda ingin merasai derita kesakitan itu dulu sebelum anda bertindak?
jika persoalan ini mampu anda jelmakan dalam diri anda maka anda PASTI berada setapak(onestep) di dalam proses menguruskan badan anda. jika tidak lupakan sahaja semua bentuk serbuk atau pil diet yang anda ambil. jangan buang masa dan jangan buang duit anda kerana anda tidak akan BERJAYA.
bersambung....the power of visual