The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Saturday, February 27, 2010

2 kaedah berjaya

ada 2 PRODUK yang telah berjaya mengurangkan berat badan saya. ada persamaan dan ada kelainan antara keduanya. kerana itu saya namakan ia sebagai easy way dan hard way. untuk memudahkannya saya buat perbandingan begini.

PERSAMAAN

1. kedua-dua produk menyuruh kurangkan makan kabohidrat kerana ia sumber lemak yang gagal menjadi tenaga
2. kedua-dua produk suruh minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak
3. kurangkan pengambilan gula
4. sekurang-kurangnya senaman ringan atau berjalan sekitar 30 minit sehari
5. lebihkan sayuran
6. kedua-duanya memiliki testimoni kejayaan sebelum ini

PERBEZAAN SD2 dan Produk XXXXXXX

SD2 perlu MAKAN 3 kali sehari
Produk XXXXXXX TAK BOLEH MAKAN makan apa2 3 jam sebelum dan 3 jam selepas ambil produk

SD2 KURANGkan kabohidrat dan gula, LEBIHKAN Protein dan FIBER
Produk XXXXXXX KURANGKAN kabohidrat, gula, PROTEIN

SD2 ambik produk 4 kali sehari
Produk XXXXXXX ambik 2 kali sehari

SD2 berperanan sebagai food SUPPLEMENT
Produk XXXXXXX lebih berfungsi sebagai food REPLACEMENT

SD2 masih meraikan waktu makan anda terutama dalam majlis tertentu
Produk XXXXXXX mencabar terutama ketika dalam majlis

SD2 sentiasa mendapat bimbingan, panduan dan tunjuk ajar dari UPLINE
Produk XXXXXXX Perlu berusaha sendiri

SD2 potensi bisnes, MLM
Produk XXXXXXX produk retail 2 peringkat

SD2 modal RM436 sebulan
Produk XXXXXXX modal RM450 sebulan

SD2 dengan "money back guarantee"
Produk XXXXXXX tanpa "money back guarantee"

KEBERHASILAN

SD2 saya telah berjaya mengurangkan 6 kg dan 4 inci pinggang dalam tempoh 3 minggu
Produk XXXXXXX saya telah berjaya mengurangkan berat 20 kg dan 6 inci dalam tempoh 4 bulan (sekitar 5 kg dan 1 1/2 inci sebulan)

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN DENGAN SD2

1. Ayam
2. Daging
3. Seafood (ketam, udang, sotong dll)
4. telur
5. sayur-sayuran
6. buah terutamanya apple hijau dan belimbing

PERHATIAN
ingin saya tegaskan disini bahawa semua yang saya tuliskan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri dalam mengguna dan mengamalkan produk ini semenjak bulan Ogos 2009 yang lepas.

Thursday, February 25, 2010

Easy way and Hard Way

pengalaman saya dalam mendapat berat dan pinggang yang ideal, saya telah melalui dua cara yang saya namakan easy way and hard way. kedua-duanya memberikan kesan yang positif. perbezaan yang paling ketara ialah proses dan perjalanan dalam mendapatkan hasil tersebut.

akan saya kongsikan sedikit masa lagi apa yang saya namakan easy and hard way dalam menguruskan berat badan tersebut.

Tuesday, February 23, 2010

Maklumat SD2

Setiap individu inginhkan penampilan bentuk badan yang menarik dan sihat. Oleh yang demikian syarikat NZ New Image Sdn Bhd telah melancarkan penjualan produk Slimming Diet SDII pada 7 January 2010 untuk membantu individu yang berlebihan berat badan dan obes kembali ketahap berat badan ideal sihat dan menarik.
Program Diet SDII ini diperkenalkan atas kajian yang dibuat oleh Dr. George Cahill, iaitu Profesor dari Medical Havard University dan juga oleh Dr. Geoge Blakcburn, Pengarah Pemakanan dari New England Deaconess Hospital dan telah dikomersialkan oleh New Image International yang berpengkalan di New Zealand serta NZ New Image Sdn Bhd (Malaysia).
Menurut kajian Dr. Victor WS Chan (2008), 38% suri rumah tangga di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes yang tertinggi di Asean. Manakala 2 juta rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun kebawah mengalami masalah kencing manis, strok dan masalah jantung disebabkan oleh pola pengambilan pemakanan yang tidak sihat dan tabiat merokok yang keterlaluan.
Setiap individu memerlukan jumlah tenaga sebanyak 3000 kalori bagi lelaki dan 2000 - 2500 kalori bagi perempuan bagi menjalakan aktiviti harian. Sumber tenaga yang dipelukan oleh badan berpunca dari makan yang diambil dan juga lemak yang tersimpan didalam badan. Pengambilah karbohidrat ( Gula dan Kanji) bagi membekalkan tenaga menyebabkan lemak kekal tersimpan didalam badan meningkat yang mengakibatkan berlebihan berat badan dan obes berlaku.
Oleh yang demikian Program Diet SDII diperkenalkan melalui konsep Protein Sparing Modified Fast (Penuimpanan Proton Dalam Badan) bagi membantu proses pem
Melalui program diet ini, pengambilan karbohidrat dan lemak didalam menu harian hendaklah dikurangkan. Apabila pengurangan karbohidrat dan lemak dikurangkan, maka badan akan mendapat sumber tenaga melalui pembakaran lemak tersimpan didalam badan. Proses penguraian lemak bagi menghasilkan tenaga dipanggil "Ketosis" dan akan menghasilkan "Keton" melalui urine dan pernafasan. Kehadiran keton boleh diukur melalui ujian air kencing dengan menggunakan "Ketone Strip". Kehadiran Keton didalam air kencing (urin) menandakan pembakaran lemak bagi menghasilkan tenga telah berlaku.
Sekiranya bacaan warna "ketone Strip" menunjukkan warna merah jambu (tahap kecil dan pertengahan) ini menandakan proses pembakaran lemak adalah sempurna dan jika masih bewarna putih bermakna pengambilan karbohidrat diadalam badan melalui menu makanan adalah masih tinggi. Jadi hendaklah dikurangkan sumber karbohidrat tersebut. Jika warna berubah kepada merah jambu tahap besar (large), ini menandakan kekurangan air atau kekurangan karbohidarat yang melampau. Maka perlu minum lebih air dan ambil karbohidrat dalam menu makanan sebanyak 20-35g sehari.
Kelebihan Program Diet SDII
1) Diet ini sihat bagi menurunkan berat badan secara semulajadi.
2) Berkesan dan selamat.
3) Keberkesanan penurunan berat badan dalan dilihat dan dirasai dalam tempoh masa yang singkat iaitu
3kg-5kg seminggu dan 10kg - 15 kg sebulan.
4) SDII mengandungi protein yang bermutu tinggi sebagai pelengkap kepada pengambilan protein didalam menu makanan.
5) Mengekalkan struktur kulit semulajadi malah lebih anjal dan cantik.
6) Tidak berasa lapar.
7) Tiada kesan yang memudaratkan kesihatan.

Contoh Pengiraan Protein yang diperlukan
a) 1 gram protein bersamaan dengan 1kg beart ideal.
b) Jika berat badan anda sekarang adalah 85kg dan berai ideal anda 70kg. Perbezaan berat yang perlu dikurangkan untuk mencapai berat ideal adalah 15kg.
c) Jumlah protein yang diperlukan oleh badan adalah 70gram protein.
d) Pengambilan SDII sehari adalah 4 kali dan 2 skoop untuk sekali pengambilan berjumlah 40gram protein.
e) Jadi menu tambahan protein yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 30gram lagi.

Nota: Pengambilan karbohidart hany 20-35gram sehari seperti nasi (suku nasi sahaja), mee, mee hoon, kentang, ubi2, dan juga berasaskan kanji. (Hanya untuk tempoh diet sahaja).

Sekiranya berat banda anda telah turun dalam masa seminggu hingga 3 minggu ketahap berat badan yang ideal maka bolehlah anda berhenti mengambil SDII...dan bolah kawal menu makanan dengan sendirinya mengikut selera...berat badan tidak akan naik mendadak....mungkin mengambil masa yang lama. Tetapi sekurang-kurangnya anda sudah mengetahu tahap pengambilan makan untuk anda sendiri......

Harga Ahli:
.........
Semenanjung Malaysia : RM108
Sabah /Serawak : RM115
Harga Bukan Ahli:
.....................
Semenanjung Malaysia : RM144
Sabah/Serawak : RM153

Produk ini halal dan juga tahan sehingga 3 tahun.

Sila hubungi saya di 0192774220 untuk mendapatkan produk ini dan khidmat nasihat percuma

Monday, February 22, 2010

SD2 ; anda makan dan anda semakin kurus


saya percaya ada banyak produk yang berkualiti dan boleh dipercayai serta mampu memberikan kesan yang positif kepada pengguna sekiranya mereka sanggup mengikuti disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar produk tersebut.

persoalannya kenapa ramai yang tidak berjaya dalam usaha mereka itu. salah satu sebab ialah kerana mereka perlu mengikuti disiplin yang ketat bagi menjamin keberkesanan produk tersebut.

maka setelah mencuba sendiri beberapa produk yang terkenal di negara kita maka saya suka mencadangkan bahawa inilah produk yang paling mudah untuk diamalkan oleh mereka yang inginkan bentuk badan yang menarik dan lebih dari itu inginkan kesihatan dalaman yang lebih baik.

maklumat lanjut akan saya terangkan selepas ini dan akan saya perjelaskan kenapa ia menjadi daya tarikan saya serta mencadangkannya kepada anda semua

The New Me 92kg and 36inches


Hanya Yang Pernah "Berisi" benar-benar memahaminya


adakah ia benar? mungkin ya mungkin tidak. apa yang saya alami ialah ramai orang yang berisi berusaha dengan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan termasuk mengambil pil, bersenam, berlapar, slimming company, bahkan menyedut lemak hanya kerana ingin kelihatan kurus. dan disamping pelbagai gambar keberjayaan orang lain dalam paper dan majalah lebih ramai lagi yang tidak berjaya. kenapa? ada beberapa sebab yang dapat saya kenalpasti dan akan saya huraikan satu persatu selepas ini.

"This is me before and my weight was around 118-120kg and my waist was 46inches

salam semua

blog ini diwujudkan untuk berkongsi cerita dan panduan serta pengalaman bagaimana saya menurunkan berat badan saya dari 118kg hingga setakat ini 92kg semoga ia dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan mereka seterusnya menjalani kehidupan yang lebih sihat, selesa dan mungkin menjana pendapatan sendiri sekuran-kurangnya dalam menanggung kembali kos produk yang akan saya ceritakan selepas ini.