The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Wednesday, April 28, 2010

Tips nak kurus #3 - peranan air

badan kita memerlukan air yang secukupnya. dan peranan air memang boleh mengurangkan berat badan kita dengan cara yang paling selamat.

kaedahnya ialah apabila anda mengambil sd2 sebanyak 4 kali sehari pastikan dikuti oleh pengambilan air masak sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas. lebih banyak lebih baik. tips dalam ambil air masak ialah dua gelas (minima) selepas mengambil sd2. jadi sudah cukup air yang diperlukan dalam badan. perlu diingat sd2 bersifat membakar jadi perlu air yang cukup dan jangan bimbang terlebih air, tahulah badan mengeluarkan yang selebihnya bersama lemak dan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.

satu lagi kelebihan mengambil 2 gelas air sebelum makan apa-apa ialah ia telah memberi rasa separuh kenyang kepada badan kita. dan sebelum mengambil sebarang kabohidrat seperti nasi maka mulakan dulu dengan mengambil buah atau sayuran hijau atau tomato dsb. ini akan memberikan rasa kenyang yang semakin banyak, kemudian ambillah protein seperti ikan, ayam, telur atau daging terlebih dahulu sebelum menyentuh nasi.

anda akan dapati hanya sejumlah kecil sahaja nasi yang mampu badan anda terima. kecuali anda paksa jugak "sampai geli urat perut" memang nasi akan tetap masuk. walaupun begitu anda akan dapati berat badan sukar bertambah apatah lagi anda akan rasa lawas membuang air besar pada waktu pagi.

segala bentuk toksin dalam badan juga mudah keluar dengan pengambilan air yang cukup. testimoni yang saya dapat setakat ini membenarkan teori ini, bahkan ramai yang berkata mereka semakin bertenaga dengan pengambilan sebegini.

selamat mencuba