The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Sunday, May 9, 2010

Tips nak kurus #4 - bergerak 30 min sehari

apa yang saya lihat sangat berkesan dalam pengambilan SD2 ialah sekiranya saya dapat bergerak dalam sekitar 30 minit setiap hari. jika ada peluang menggunakan tangga ia akan menjadi lebih berkesan. tidak perlu untuk bergerak selama 30 minit secara sekali gus tetapi pergerakan sekitar 5-10 minit sudah cukup membantu.

pergerakan ini pula saya lakukan dalam keadaan saya enjoy. tidak seperti terpaksa atau memaksa diri untuk bergerak. sebaliknya menjadikannya sebagai satu senaman ringkas jika tidak sempat bersenam. ini kerana bagaimana bentuk anda berfikir juga memberi kesan kepada pergerakan hormon dalam badan.

ini diikuti dengan melakukan kerja seperti mengangkat, menaiki tangga untuk tingkat satu atau dua dan menggunakan tangga bagi turun bagi tingkat setinggi empat tingkat. ini sememangnya memberi peluang kepada lemak dalam badan membakar dengan lebih cepat. bahkan pernah pergerakan ini menurunkan berat badan saya sebanyak sekilo sehari.

dan jangan lupa pengambilan air masak sebanyak 8-10 gelas sehari adalah satu kemestian

selamat mencuba