The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Sunday, April 18, 2010

tips nak kurus #2 - the power of visual

selalukah kita teringat cerita p ramlee yang kita tonton? masih ingatkan kita akan dialong-dialong yang dilafazkan oleh para pelakon? bolehkah kita membayangkan kembali saat paling indah berlaku dalam hidup kita? bagaimanakah kita bertindak balas? tersenyum sendirian?sebak?mengapa ini berlaku? tidak lain ialah kerana kita berjaya membuka ruang visual di depan mata kita untuk melihatnya kembali.

begitulah the power of visual. perkara yang selalu kita lihat akan menjadi habit dan mudah untuk kita melakukannya. contohnya seperti memandu kereta. pada permulaan belajar memandu memang sukar, nak mengingat perbezaan brek dengan minyak juga bermasalah. tetapi lama kelamaan minda bawah sedar akan berfungsi dan kita tidak lagi melihat gear apabila ingin menggunakannya.

samalah juga jika anda ingin mengurangkan berat badan. dapatkan gambar lama anda ketika anda dalam keadaan "mantap" dan tatap ia sekerap yang mungkin. bangun dari tidur, ingin bergerak ke pejabat, sedang bersarapan, balik kerja. lekatkan ia ditempat yang mudah anda lihat. lakukan ia berulangkali sehingga anda percaya bahawa anda mampu mengurangkan berat badan.

kemudian ambil baju ketika anda sedang mantap dan gantung ditempat yang juga mudah anda lihat. selepas seminggu mencuba sd2 anda cuba pakai pakaian tersebut. memang belum muat. tapi teruskan mencuba setiap minggu.

dapatkan juga gambar yang menjadi idaman anda. tatap ia setiap hari. cabar diri anda untuk menjadi seperti gambar tersebut.

mungkin pada pandangan sesetengah dari kita macam tidak percaya dan pelik. tetapi ingatlah anda tidak akan dapat mencapai apa yang anda inginkan sehingga anda percaya anda mampu mencapainya.

No comments: