The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Friday, March 26, 2010

mengkuruskan badan,kenapa sukar?

sebenarnya kesukaran dalam mengurangkan berat badan sama sukarnya dengan menambahkan berat badan kepada mereka yang bermasalah. jika golongan yang "besar" bertungkus lumus kurang makan, bersenam, berpuasa, jaga makan untuk kurus tapi masih tak turun maka samalah jugak dengan si kurus yang makan macam-macam tapi tak gemuk. saya tak tahu macam mana kurus nak jadi gemuk sebab tak ada experince dalam hal tersebut. tetapi saya dapat menyelami perasaan orang "besar" nak jadi kurus sikit.

jadi kenapa sukar nak kurus?

ada beberapa sebab yang mungkin dapat dikongsi bersama untuk mereka yang ingin mengetahuinya.

1. kebiasaannya jika datang dari genetik gemuk maksudnya kedua ibubapa atau salah seorang gemuk maka lebih mudah untuk sang anak menjadi gemuk. mungkin kerana psikologinya biasa melihat kegemukan dan merasa ia satu perkara biasa sahaja. bila dah sedar kebiasaannya sedikit terlewat, jadi lebih baik teruskan sahaja kehidupan walaupun jauh di sudut hati nak rasa jadi kurus.

2. orang gemuk kebiasaannya 'sedap mulut" atau suka makan. tak perlu pada makanan yang lazat dan menarik. cukup dengan nasi lauk ikan kering atau ikan goreng atau telur goreng campur sedikit kicap dan cili. tambahan ada ulam atau sayur dan ditambah lagi jika dihidang dengan ikan pekasam perah asam limau dihidang dengan nasi baru lepas masak. jika ini cukup untuk menaikkan selera bayangkan jika dihidang ikan panggang, ayam golek, daging, kambing, nasi beriyani, dan sebagainya.

3. orang "besar' berhadapan situasi badan berat sendiri susah nak bawak. jika ini berlaku bagaimana nak bersenam atau melakukan kerja yang perlu mengeluarkan peluh. apatah lagi jika jenis kerja adalah kerja duduk setempat dan ber aircond pulak tu. semakin lama semakin berat dan semakin kurang daya nak lakukan senaman. di tambah dengan parking kereta sangat dekat dengan tempat kerja dan lift sentiasa menunggu.

4. ada juga sesetengah orang besar merasakan masih ramai orang "lebih besar" dari diri mereka. sekadar nak sedapkan hati dan pujuk diri sendiri bagi meluluskan apa sahaja tindakan mereka selepas itu.

5. apabila mencuba beberapa produk dan gagal dalam percubaan maka orang besar bersedia menerima hakikat bahawa mereka tidak mungkin akan kembali seperti bentuk badan asal mereka atau kemampuan untuk mengurangkan berat badan hanya mitos semata-mata.

6. antara sebab yang paling utama ialah tiada kesedaran yang lebih "besar" daripada saiz badan mereka sendiri. jika kesedaran dan kemahuan mereka hanya untuk mengurangkan berat badan kerana malu orang tengok atau sebab nak diri cantik,kebiasaannya tinggal azam macam tahun-tahun lepas jugak. kesedaran lebih besar perlu ada contohnya berhadapan dengan penyakit yang boleh membawa maut atau koma yang akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri pulak menderita atau famili background yang ada sejarah penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan saluran tersumbat.

mungkin ada beberapa sebab lain yang menyebabkan sukar mengurangkan berat badan. namun yang pastinya kini semakin banyak kesedaran dan produk yang berkualiti dan mampu membantu menampung sebahagian dari bebanan tersebut.

wallahu a'lam

No comments: