The New Me

is sharing the way how to reduce weight and live with healthy and wealthy life

Wednesday, August 11, 2010

Peluang keemasan-menurunkan berat badan 10kg

Ramadhan datang dengan penuh keberkatan untuk mereka yang ingin melakukan amalan kebaikan. pahala dilipat gandakan. syaitan dah masuk jel. reman sebulan. semua dah tahu.

peluang keemasan yang kedua ialah untuk meningkatkan kesihatan dan juga mengurangkan berat badan. inilah masa yang paling sesuai kerana semua orang tidak makan dan tiada orang menjual makanan pada siang hari. jika anda menjadikan target mengurangkan berat badan sebanyak 10kg ia sebenarnya mampu direalisasikan.

penurunan berat badan 10kg sebulan adalah sama dengan penurunan sekitar 300-350gram SAHAJA SEHARI. apabila kita tidak makan, proses pembakaran akan berlaku terhadap lemak tepu yang sedia ada dalam badan kita. jadi pengurangan itu akan berlaku secara normal. berdasarkan pengalaman saya sekiranya anda bergerak aktif sedikit dengan berjalan dan menaiki tangga untuk satu tingkat, dan berjalan pada jarak 100m ke 200 m ketempat letak kereta anda akan kehilangan lebih kurang 500gram ke 1000gram.

jadi ketika berbuka puasa kawal pengambilan makanan dengan mengehadkan pada 300-500gram. maka anda akan mendapat penurunan tersebut.

bagaimana caranya? apabila masuk sahaja waktu berbuka, mulakan dengan tiga biji kurma dan 2 gelas air suam. kemudian disusuli dengan seketul kuih atau seekor ikan bakar dan sedikit sayuran. jika masih rasa nak makan ambillah sedikit nasi. pada minggu pertama akan terasa janggal tapi percayalah masuk sahaja minggu kedua perut anda mula menerimanya. jadi KESABARAN ANDA HANYA DIPERLUKAN SEMINGGU SAHAJA. yang penting juga ambil bersama SDII sebagai pembakar lemak anda. walaupun berat anda naik kembali sekitar hampir 700-1000gram anda akan dapati esoknya anda akan mengalami penurunan kembali lebih dari itu. manakala waktu sahur pula bolehlah mengambiL separuh nasi tetapi dimulakan dengna SDII dan 2 gelas air suam. kemudian baru makan nasi dengan dimulakan dengan mengambil lebih sayuran dan ikan atau daging terlebih dahulu.

SDII berperanan membantu anda membakar lemak tepu dan lemak yang baru masuk. saya telah mencuba beberapa produk ternama tetapi ini adalah yang terbaik yang saya jumpa. ia bukan food replacement tetapi food supplement. setelah mengambil SDII selama tiga bulan, bukan hanya berjaya kurangkan berat badan dan ukur lilit pinggang tetapi yang jauh lebih penting ujian kesihatan juga menunjukkan peningkatan yang sangat menggembirakan saya. dan berdasarkan pengalaman saya SDII ini akan memberikan kesan terutama pada perut, peha dan lengan dengan cepat. saya melihat perubahan dalam tempoh tiga minggu.

semoga makluman ini memberikan manfaat kepada yang membacanya. ada yang mengatakan bahawa kita tidak perlu produk untuk menguruskan berat badan kita. saya setuju. dan anda harus melakukan senaman yang banyak terutama mereka yang bekerja pejabat dan sentiasa ber "aircond". anda pasti dapat menurunkan berat badan anda. jika anda belum mampu melaksanakan rejim senaman yang banyak dan konsisten, saya mencadangkan SDII kerana ia berkesan untuk saya dan semoga ia berkesan juga untuk anda. jika berminat hubungi saya.

wassalam

Sunday, May 9, 2010

Tips nak kurus #4 - bergerak 30 min sehari

apa yang saya lihat sangat berkesan dalam pengambilan SD2 ialah sekiranya saya dapat bergerak dalam sekitar 30 minit setiap hari. jika ada peluang menggunakan tangga ia akan menjadi lebih berkesan. tidak perlu untuk bergerak selama 30 minit secara sekali gus tetapi pergerakan sekitar 5-10 minit sudah cukup membantu.

pergerakan ini pula saya lakukan dalam keadaan saya enjoy. tidak seperti terpaksa atau memaksa diri untuk bergerak. sebaliknya menjadikannya sebagai satu senaman ringkas jika tidak sempat bersenam. ini kerana bagaimana bentuk anda berfikir juga memberi kesan kepada pergerakan hormon dalam badan.

ini diikuti dengan melakukan kerja seperti mengangkat, menaiki tangga untuk tingkat satu atau dua dan menggunakan tangga bagi turun bagi tingkat setinggi empat tingkat. ini sememangnya memberi peluang kepada lemak dalam badan membakar dengan lebih cepat. bahkan pernah pergerakan ini menurunkan berat badan saya sebanyak sekilo sehari.

dan jangan lupa pengambilan air masak sebanyak 8-10 gelas sehari adalah satu kemestian

selamat mencuba

Wednesday, April 28, 2010

Tips nak kurus #3 - peranan air

badan kita memerlukan air yang secukupnya. dan peranan air memang boleh mengurangkan berat badan kita dengan cara yang paling selamat.

kaedahnya ialah apabila anda mengambil sd2 sebanyak 4 kali sehari pastikan dikuti oleh pengambilan air masak sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas. lebih banyak lebih baik. tips dalam ambil air masak ialah dua gelas (minima) selepas mengambil sd2. jadi sudah cukup air yang diperlukan dalam badan. perlu diingat sd2 bersifat membakar jadi perlu air yang cukup dan jangan bimbang terlebih air, tahulah badan mengeluarkan yang selebihnya bersama lemak dan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.

satu lagi kelebihan mengambil 2 gelas air sebelum makan apa-apa ialah ia telah memberi rasa separuh kenyang kepada badan kita. dan sebelum mengambil sebarang kabohidrat seperti nasi maka mulakan dulu dengan mengambil buah atau sayuran hijau atau tomato dsb. ini akan memberikan rasa kenyang yang semakin banyak, kemudian ambillah protein seperti ikan, ayam, telur atau daging terlebih dahulu sebelum menyentuh nasi.

anda akan dapati hanya sejumlah kecil sahaja nasi yang mampu badan anda terima. kecuali anda paksa jugak "sampai geli urat perut" memang nasi akan tetap masuk. walaupun begitu anda akan dapati berat badan sukar bertambah apatah lagi anda akan rasa lawas membuang air besar pada waktu pagi.

segala bentuk toksin dalam badan juga mudah keluar dengan pengambilan air yang cukup. testimoni yang saya dapat setakat ini membenarkan teori ini, bahkan ramai yang berkata mereka semakin bertenaga dengan pengambilan sebegini.

selamat mencuba

Sunday, April 18, 2010

tips nak kurus #2 - the power of visual

selalukah kita teringat cerita p ramlee yang kita tonton? masih ingatkan kita akan dialong-dialong yang dilafazkan oleh para pelakon? bolehkah kita membayangkan kembali saat paling indah berlaku dalam hidup kita? bagaimanakah kita bertindak balas? tersenyum sendirian?sebak?mengapa ini berlaku? tidak lain ialah kerana kita berjaya membuka ruang visual di depan mata kita untuk melihatnya kembali.

begitulah the power of visual. perkara yang selalu kita lihat akan menjadi habit dan mudah untuk kita melakukannya. contohnya seperti memandu kereta. pada permulaan belajar memandu memang sukar, nak mengingat perbezaan brek dengan minyak juga bermasalah. tetapi lama kelamaan minda bawah sedar akan berfungsi dan kita tidak lagi melihat gear apabila ingin menggunakannya.

samalah juga jika anda ingin mengurangkan berat badan. dapatkan gambar lama anda ketika anda dalam keadaan "mantap" dan tatap ia sekerap yang mungkin. bangun dari tidur, ingin bergerak ke pejabat, sedang bersarapan, balik kerja. lekatkan ia ditempat yang mudah anda lihat. lakukan ia berulangkali sehingga anda percaya bahawa anda mampu mengurangkan berat badan.

kemudian ambil baju ketika anda sedang mantap dan gantung ditempat yang juga mudah anda lihat. selepas seminggu mencuba sd2 anda cuba pakai pakaian tersebut. memang belum muat. tapi teruskan mencuba setiap minggu.

dapatkan juga gambar yang menjadi idaman anda. tatap ia setiap hari. cabar diri anda untuk menjadi seperti gambar tersebut.

mungkin pada pandangan sesetengah dari kita macam tidak percaya dan pelik. tetapi ingatlah anda tidak akan dapat mencapai apa yang anda inginkan sehingga anda percaya anda mampu mencapainya.

Thursday, April 8, 2010

Tips nak kurus

1. sudah tentu perlu bantuan SD2, kecuali anda boleh hidup gaya atlit dan ada keazaman yang tinggi makan fiber dan minum air sahaja.

2. BERMULA DENGAN NIAT. tanya diri kenapa aku nak kurus. sebab supaya orang kata aku kurus ke? atau nak rasa cantik ke?atau benci tengok orang lain gemuk atau diri sendiri gemuk?atau malu orang kata gemuk? atau sebab susah nak beli pakaian? atau sebab nak bergaya sakan? jika ini antara sebabnya, kebarangkalian untuk anda kurus memang tipis. ini kerana ia tidak menjadi faktor pendesak yang kuat untuk anda melakukan pengorbanan bagi diri ANDA sendiri.
apa yang perlu ada ialah faktor pendesak yang hebat contohnya; memiliki ibubapa yang berpenyakit kronik, kebarangkalian anda juga mendapatnya memang tinggi terutama jika badan anda masih besar dan pemakanan anda tidak terkawal. atau pun anda ngeri melihat bagaimana orang besar terlantar kesakitan, kesukaran bernafas, membaca bagaimana proses penyakit menyerang seperti penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan lain-lain. lebih baik lagi jika anda sering dapat membayangkan orang-orang yang anda sayangi tetapi menderita kesakitan akibat tidak mengawal makanan dan berat badan. inginkah anda juga menjadi seperti mereka?bernasib seperti mereka?berwajah seperti mereka?terpaksa menyusahkan orang lain seperti mereka (walaupun bukan itu yang mereka mahukan)?adakah berbaloi tindakan anda sekarang dengan apa yang akan anda lalui lima tahun akan datang?adakah anda ingin dihinggapi penyakit ini terlebih dahulu kemudian baru terhegeh-hegeh mencari penawarnya?adakah anda ingin merasai derita kesakitan itu dulu sebelum anda bertindak?
jika persoalan ini mampu anda jelmakan dalam diri anda maka anda PASTI berada setapak(onestep) di dalam proses menguruskan badan anda. jika tidak lupakan sahaja semua bentuk serbuk atau pil diet yang anda ambil. jangan buang masa dan jangan buang duit anda kerana anda tidak akan BERJAYA.
bersambung....the power of visual

Friday, March 26, 2010

mengkuruskan badan,kenapa sukar?

sebenarnya kesukaran dalam mengurangkan berat badan sama sukarnya dengan menambahkan berat badan kepada mereka yang bermasalah. jika golongan yang "besar" bertungkus lumus kurang makan, bersenam, berpuasa, jaga makan untuk kurus tapi masih tak turun maka samalah jugak dengan si kurus yang makan macam-macam tapi tak gemuk. saya tak tahu macam mana kurus nak jadi gemuk sebab tak ada experince dalam hal tersebut. tetapi saya dapat menyelami perasaan orang "besar" nak jadi kurus sikit.

jadi kenapa sukar nak kurus?

ada beberapa sebab yang mungkin dapat dikongsi bersama untuk mereka yang ingin mengetahuinya.

1. kebiasaannya jika datang dari genetik gemuk maksudnya kedua ibubapa atau salah seorang gemuk maka lebih mudah untuk sang anak menjadi gemuk. mungkin kerana psikologinya biasa melihat kegemukan dan merasa ia satu perkara biasa sahaja. bila dah sedar kebiasaannya sedikit terlewat, jadi lebih baik teruskan sahaja kehidupan walaupun jauh di sudut hati nak rasa jadi kurus.

2. orang gemuk kebiasaannya 'sedap mulut" atau suka makan. tak perlu pada makanan yang lazat dan menarik. cukup dengan nasi lauk ikan kering atau ikan goreng atau telur goreng campur sedikit kicap dan cili. tambahan ada ulam atau sayur dan ditambah lagi jika dihidang dengan ikan pekasam perah asam limau dihidang dengan nasi baru lepas masak. jika ini cukup untuk menaikkan selera bayangkan jika dihidang ikan panggang, ayam golek, daging, kambing, nasi beriyani, dan sebagainya.

3. orang "besar' berhadapan situasi badan berat sendiri susah nak bawak. jika ini berlaku bagaimana nak bersenam atau melakukan kerja yang perlu mengeluarkan peluh. apatah lagi jika jenis kerja adalah kerja duduk setempat dan ber aircond pulak tu. semakin lama semakin berat dan semakin kurang daya nak lakukan senaman. di tambah dengan parking kereta sangat dekat dengan tempat kerja dan lift sentiasa menunggu.

4. ada juga sesetengah orang besar merasakan masih ramai orang "lebih besar" dari diri mereka. sekadar nak sedapkan hati dan pujuk diri sendiri bagi meluluskan apa sahaja tindakan mereka selepas itu.

5. apabila mencuba beberapa produk dan gagal dalam percubaan maka orang besar bersedia menerima hakikat bahawa mereka tidak mungkin akan kembali seperti bentuk badan asal mereka atau kemampuan untuk mengurangkan berat badan hanya mitos semata-mata.

6. antara sebab yang paling utama ialah tiada kesedaran yang lebih "besar" daripada saiz badan mereka sendiri. jika kesedaran dan kemahuan mereka hanya untuk mengurangkan berat badan kerana malu orang tengok atau sebab nak diri cantik,kebiasaannya tinggal azam macam tahun-tahun lepas jugak. kesedaran lebih besar perlu ada contohnya berhadapan dengan penyakit yang boleh membawa maut atau koma yang akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri pulak menderita atau famili background yang ada sejarah penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan saluran tersumbat.

mungkin ada beberapa sebab lain yang menyebabkan sukar mengurangkan berat badan. namun yang pastinya kini semakin banyak kesedaran dan produk yang berkualiti dan mampu membantu menampung sebahagian dari bebanan tersebut.

wallahu a'lam

Saturday, February 27, 2010

2 kaedah berjaya

ada 2 PRODUK yang telah berjaya mengurangkan berat badan saya. ada persamaan dan ada kelainan antara keduanya. kerana itu saya namakan ia sebagai easy way dan hard way. untuk memudahkannya saya buat perbandingan begini.

PERSAMAAN

1. kedua-dua produk menyuruh kurangkan makan kabohidrat kerana ia sumber lemak yang gagal menjadi tenaga
2. kedua-dua produk suruh minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak
3. kurangkan pengambilan gula
4. sekurang-kurangnya senaman ringan atau berjalan sekitar 30 minit sehari
5. lebihkan sayuran
6. kedua-duanya memiliki testimoni kejayaan sebelum ini

PERBEZAAN SD2 dan Produk XXXXXXX

SD2 perlu MAKAN 3 kali sehari
Produk XXXXXXX TAK BOLEH MAKAN makan apa2 3 jam sebelum dan 3 jam selepas ambil produk

SD2 KURANGkan kabohidrat dan gula, LEBIHKAN Protein dan FIBER
Produk XXXXXXX KURANGKAN kabohidrat, gula, PROTEIN

SD2 ambik produk 4 kali sehari
Produk XXXXXXX ambik 2 kali sehari

SD2 berperanan sebagai food SUPPLEMENT
Produk XXXXXXX lebih berfungsi sebagai food REPLACEMENT

SD2 masih meraikan waktu makan anda terutama dalam majlis tertentu
Produk XXXXXXX mencabar terutama ketika dalam majlis

SD2 sentiasa mendapat bimbingan, panduan dan tunjuk ajar dari UPLINE
Produk XXXXXXX Perlu berusaha sendiri

SD2 potensi bisnes, MLM
Produk XXXXXXX produk retail 2 peringkat

SD2 modal RM436 sebulan
Produk XXXXXXX modal RM450 sebulan

SD2 dengan "money back guarantee"
Produk XXXXXXX tanpa "money back guarantee"

KEBERHASILAN

SD2 saya telah berjaya mengurangkan 6 kg dan 4 inci pinggang dalam tempoh 3 minggu
Produk XXXXXXX saya telah berjaya mengurangkan berat 20 kg dan 6 inci dalam tempoh 4 bulan (sekitar 5 kg dan 1 1/2 inci sebulan)

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN DENGAN SD2

1. Ayam
2. Daging
3. Seafood (ketam, udang, sotong dll)
4. telur
5. sayur-sayuran
6. buah terutamanya apple hijau dan belimbing

PERHATIAN
ingin saya tegaskan disini bahawa semua yang saya tuliskan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri dalam mengguna dan mengamalkan produk ini semenjak bulan Ogos 2009 yang lepas.